THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label pondering. Show all posts
Showing posts with label pondering. Show all posts

Thursday, 19 June 2008

my maternal instinct was so touched when i read this e-mail.

it says,
"do you think you have been working hard enough, wait until you see this"...

and it just brake my heart to see this boy..whoever you are dear...







all of the sudden i am so overwhelmed with a rush of sorrow..
how ungrateful have i been....
keep complaining jer at school..tak cukup tu, takde air-condlah, dont have enough computerlah, kene 'panjat' stairs everyday, food at the canteen tak sedap, kene berpanas masa ko-kurikulum...and the list goes on and on...
masyaallah...

Wednesday, 18 June 2008

before i reach 30

yesterday, i watched the rerun of Friends at Star World- and no matter how many timessss i watch the series, they are still very fuhhhnnie...


and yesterday's episode is the one where they all turn 30...it was when Rachel is reluctantly celebrating her 3oth birthday...
Rachel and especially Joey were soooo reluctant to be 30. And when Rachel said, that celebrating her being 30, it made her realized that even at 30, she is still not married, no kids, no amazing career, nothing extraordinary, - but she is beautiful as EVER!!! ...joey was being joey, don't want to be older at any way or another...
and phoebe said the she has a list of things that she wants to do before she reached 30, and among them are to meet a Portuguese, jump a Hip pity Hop ball and something about her twin ursula, when finally realized that she was actually 31, and got AMAZING kiss from Joey...

... and that made me realized that I AM going to be 30 this year!

and Phoebe's list made me ter fikir that maybe i should have a list of things that i must do before i reach 30 by this November...or should i??? hmmm...really something to ponder about...

what do i want to do, see, make, achieve, accomplish before 24 November 2008?


Wednesday, 31 October 2007

tolong

TOLONG SAMPAIKAN HAJATKU PADA SI DIA YG KU CINTAI SEPENUH HATI KU INI .

"Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku
ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

"Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..


Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya ,"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan sehingga taat kepada Allah subhanahu wata'ala."

Firman Allah S.W.T Maksudnya , "Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al-Qur'an yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka al-Qur'an yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya. "


Surah Al-Mu'minuun Ayat 71


disclaimer: these were not written by me, instead was emailed from selambakodoks group